Tuesday 19 January 2016

Majlis Pelancaran NILAM dan Kempen Gerakan Membaca

Tajuk : Majlis Pelancaran NILAM dan Kempen Gerakan Membaca
Tempat : Dataran Kencana SMK Bukit Katil
Tarikh : 18 Januari 2016
Masa : 740 pagi hingga 820 pagi

         Pada minggu ketiga persekolahan, unit Bahasa dan Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan satu majlis rasmi iaitu Majlis Pelancaran NILAM dan Gerakan Membaca bagi tahun 2016. Matlamat program ini diadakan bertujuan menyemarakkan minat membaca dalam kalangan pelajar SMK Bukit Katil dalam mengharungi gelombang pendidikan Abad 21.

        Objektif Program NILAM dan Gerakan Membaca ini dijalan untuk membudayakan amalan membaca dalam kehidupan seharian Selaras dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Anjakan 1- menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa dan Anjakan 2- memastikan setiap murid murid profisien dalam Bahasa Melaysia dan Bahasa Inggeris. Selain itu, ia meluaskan peranan Pusat Sumber Sekolah sebagai sumber maklumat dan melahirkan lebih ramai Tokoh NILAM pelajar dalam kalangan pelajar.



Brosur Majlis Pelancaran NILAM dan Kempen Gerakan Membaca

Gambar- gambar sepanjang Majlis Pelancaran NILAM dan Kempen Gerakan Membaca 2016 dijalankan


















No comments:

Post a Comment