Tuesday 6 September 2016

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR 2016
TARIKH : 11 MAC 2016
HARI : JUMAAT
MASA : 7.40 PAGI 
TEMPAT : DATARAN PERSADA KENCANA SMK BUKIT KATIL

Tanggal 11 mac 2016 bersamaan hari Jumaat yang mulia, SMK Bukit katil telah mengadakan satu majlis bagi melantik pemimpin-pemimpin dikalangan pelajar SMK Bukit Katil. Sebanyak 5 unit pengawas dan satu badan pemimpin pelajar mengambil sijil perwatikahan yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 5 serta kelas Pendidikan Khas. 

Bagi makluman semua, SMK Bukit Katil mempunyai 5 unit badan pengawas yang terdiri daripada Badan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pengawas Koperasi, Pengawas SPBT dan kepimpinan pelajar yang diri daripada Ketua Tingkatan dan Penolong Tingkatan.

Majlis telah dirasmikan oleh Encik Husin Bin Haji Chek, Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Melaka. Majlis juga diraikan bersama Yang Dipertua PIBG Encik Ishak Bin Ahmad sebagai sokongan kepada pemimpin pelajar SMK Bukit Katil. 

Sekitar Majlis Watikah Perlantikan Pemimpin Pelajar SMK Bukit Katil 2016







Kepimpinan Pendidikan Khas


Kepimpinan ketua tingkatan dan penolong

Pengawas Pusat Sumber


Pengawas SPBT


Pengawas Koperasi



Pengawas Sekolah


Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)


















































Ikrar daripada pemimpin pelajar yang diketuai saudari Noornazihah Binti Rosli (5 Sains 2)

Penyampaian cenderahati Tuan Pengetua, Puan Norsiah Binti Abdul Rahman kepada Encik Husin Bin Haji Chek

Majlis ini berjalan dengan jayanya. Warga SMK Bukit Katil mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Husin Bin Haji Chek kerana sudi menyempurnakan Majlis Penyertaan Watikah Perlantikan Pemimpin Pelajar bagi tahun  
2016

No comments:

Post a Comment